Interstellar 2014 |
Setiap bintang yang kita lihat di langit malam merupakan makhluk Tuhan juga. Bintang-bintang dilahirkan, hidup dan akan mati juga akhirnya. Setiap bintang mempunyai episod hidup yang berbeza dan cara menamatkan riwayat yang berbeza antara satu sama lain. Salah satu cara sebuah bintang boleh mati ialah dengan menjadi black hole. Berikut merupakan 10 fakta menarik mengenai blackhole:
1. Black hole mustahil untuk dicerap
Fakta yang menarik di sini ialah black hole mustahil untuk dicerap atau dilihat. Walaupun anda menggunakan teleskop besar dan alat yang canggih yang mampu mengesan cahaya dan x-rays. Ini kerana black hole terlalu hitam dan tiada cahaya yang dapat melepaskan diri daripada ditelan gravitinya. Namun kita masih boleh mengesannya dengan memerhati aktiviti objek disekelilingnya. Jika sesebuah objek atau bintang yang berada di sekitarnya menunjukkan corak yang tidak normal seperti kelajuan yang berganda seolah-olah ditarik oleh sesuatu, itu boleh dijadikan bukti.
2. Galaksi kita mungkin mengandungi black hole
Galaksi bima sakti kita mungkin mengandungi black hole. Namun kita tidak perlu risau akan risiko ditarik oleh black hole kerana kedudukan kita yang begitu jauh daripada pusat galaksi. Malah black hole yang dihasilkan dahulunya sebuah bintang yang berjuta-juta kali ganda saiz matahari.
3. Jika matahari kita mati, adakah ianya akan menjadi blackhole?
Matahari kita terlalu kecil untuk menjadi sebuah black hole. Matahari kita akan kehabisan tenaga dan bahan bakar dan perlahan-lahan mengecil menjadi bintang white dwarf. Namun perkara tersebut tidak akan berlaku kepada bintang gergasi. Bintang yang besar apabila kehabisan tenaga, graviti pada pusatnya akan mengatasi tindakbalas tekanan bintang tersebut untuk mengekalkan bentuknya. Akhirnya keseluruhan fizikal bintang dimakan oleh gravitinya sendiri sehingga membentuk singularity. Dari sini segala objek di sekeliling titik singularity ini akan ditarik ke dalamnya.
4. Black holes terdiri daripada 3 saiz
Saiz yang paling kecil dinamakan sebagai primordial black hole yang bersaiz sebesar atom sehingga sebesar gunung. Saiz sederhana dan paling biasa ditemui ialah Stellar black hole dan banyak mendominasi galaksi kita. Saiznya 20 kali ganda saiz bumi. Yang terbesar sekali ialah Supermassive black hole yang berada di pusat galaksi. Bagaimana kewujudannya hari ini masih dikaji.
5. Perubahan masa
Mereka yang ditarik ke dalam black hole akan merasai pergerakan masa yang begitu lambat. Berdasarkan teori Albert Einstein mengenai general relativity, sesiapa yang bergerak pada kelajuan hampir kepada kelajuan cahaya, masanya akan bergerak lambat berbanding mereka yang berada di bumi. Ini kerana black hole melengkungkan ruang-waktu di sekitarnya dengan begitu besar sekali.
6. Black hole pertama takkan ditemui sehingga X-ray astronomi diaplikasikan.
Cygnus X-1 dijumpai ketika misi penerbangan belon udara dilakukan pada 1960 namun tidak diiktiraf sebagai black hole sehingga satu dekad. Menurut NASA, saiz black hole 10 kali ganda matahari dan di sebelah black hole ini terdapat sebuah bintang gergasi biru yang sedang ditarik oleh black hole ini dan menghasilkan sinaran X-ray.
7. Black hole yang terdekat bukanlah sejauh 1600 tahun cahaya.
Sebelum ini, saintis menemui sebuah black hole yang jauhnya 1600 tahun cahaya dari bumi. Tidak terlalu dekat sehingga membawa ancaman kepada kita, namun penemuan yang terhampir dalam dunia astronomi. Namun pada tahun 2014, saintis menemui bahawa sebenarnya black hole tersebut terletak pada jarak 20 000 tahun cahaya.
8. Black hole itu wormhole. Mungkin betul, mungkin tidak.
Dunia sains masih belum boleh membuktikan lagi bahawa black hole itu boleh menjadi worm hole atau pintu ke alam semesta yang lain. Terlalu banyak teori fizik yang masih belum boleh dirungkai. Selagi teori general relativity dan quantum mechanic tidak dapat disatukan, selagi itu ianya kekal misteri.
9. Black hole hanya bahaya jika kita berada terlalu dekat dengannya.
Pada komponen bahagian black hole, terdapat satu sempadan yang dinamakan event horizon, selagi kita berada jauh daripada event horizon, kita masih boleh dikategorikan selamat. Namun apabila anda melepasi event horizon, tiada jalan untuk kembali.
10. Black hole banyak difilemkan dalam filem sains fiksyen.
Terlalu banyak filem sains fiksyen yang menceritakan mengenai black hole. Salah satu yang paling popular ialah filem Interstellar 2014 yang membawa penonton pengembaraan sehingga ke dalam blackhole. Malah ilustrasi gambaran blackhole dalam filem tersebut juga diakui sebagai ilustrasi yang paling tepat dan paling hampir untuk digambarkan. Filem lain termasuklah Battlestar; Galactica, Stargate dan lain-lain.
http://www.universetoday.com/46687/black-hole-facts/
No comments:
Post a Comment