Wednesday, June 8, 2016

10 Fakta menarik planet Zuhrah

Credit: Magellan Spacecraft, Arecibo Radio Telescope, NASA
Planet Zuhrah atau Venus merupakan planet kedua daripada matahari. Diberi jolokan bintang kejora oleh masyarakat kita, planet ini juga digelar kembar kepada bumi kerana beberapa ciri persamaan antara dua planet ini. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa ciri mengenai planet ini yang sangat ekstrem kepada kehidupan. Berikut merupakan 10 fakta menarik mengenai planet Zuhrah;



1. Planet Zuhrah mengandungi gunung berapi yang terbanyak dalam sistem suria. Setakat yang ditemui, planet ini mengandungi 1600 buah gunung berapi. Malah yang belum ditemui masih banyak lagi.

2. Sehari di planet ini bersamaan dengan 243 hari di bumi. Putarannya begitu lambat sekali dan setahun di sana pula lebih pendek berbanding bumi iaitu 224.7 hari di bumi.

3. Planet ini digelar kembar bumi kerana saiznya, komposisinya dan orbitnya yang hampir sama dengan bumi. Kedua-duanya mempunyai permukaan yang masih muda dan atmosfera yang tebal. Namun atmosfera Zuhrah sangat ekstrem kerana mengandungi Sulfurik asid.

4. Planet Zuhrah mengandungi karbon dioksida yang sangat tebal. Ini menyebabkan kesan rumah hijau yang sangat luar biasa sehingga memerangkap suhu setinggi 470 darjah Celsius. Suhunya cukup untuk meleburkan plumbum.

5. Tekanan di planet ini sangat tinggi iaitu 90 kali ganda tekanan aras laut di bumi. Malah tekanan planet ini menyamai tekanan 1 km di bawah aras laut bumi.

6. Zuhrah dan Utarid mempunyai fenomena yang menarik jika dilihat dari bumi iaitu fenomena transit. Fenomena ini merupakan kejadian lintasan planet di hadapan matahari yang tidak boleh dilakukan oleh mana-mana planet. Namun fenomena ini sangat jarang berlaku, malah lebih jarang berbanding gerhana matahari.

7. Tahap kecerahan planet ini sangat tinggi sehingga menjadi objek kedua paling cerah selepas bulan di langit malam. Mengatasi bintang tercerah Sirius di langit malam. Pada 2011, sebuah syarikat penerbangan Canada melihat sebuah objek yang terang di langit dan menyangka itu sebuah kapal terbang. Menara kawalan cuba untuk menghubungi kapal terbang tersebut untuk mengelak daripada dilanggar pesawat lain yang datang dari arah yang sama. Namun setelah diselidiki, itu bukanlah sebuah kapal terbang, tetapi planet Zuhrah.

8. Planet Zuhrah menjadi objek tumpuan di langit malam sepanjang sejarah peradaban manusia. Peradaban Babylon mempunyai rekod tentang pemerhatian planet ini 1600 sebelum masihi dahulu. Ahli matematik Greek Phytagoras merupakan yang pertama mendapati objek terang yang berada di langit senja dan pagi merupakan objek yang sama, iaitu Zuhrah.

9. Planet zuhrah juga merupakan planet yang berangin. Kelajuan angin di sana mencecah 450 batu sejam. Lebih laju daripada kelajuan puting beliung terlaju di bumi.

10. Planet Zuhrah dan Utarid merupakan planet-planet yang mempunyai fasa tersendiri. Tidak seperti planet lain, kerana planet ini berada di dalam bulatan orbit bumi. Galileo Galilei merupakan ahli astronomi pertama yang menyedari kewujudan fasa ini pada 1610.

http://www.space.com/15988-venus-planet-weird-facts.html

1 comment: