Tuesday, June 7, 2016

8 Teori Stephen Hawking yang mengejutkan anda



Stephen Hawking dilahirkan pada 8 Januari 1942 di England. Beliau mendapatkan ijazahnya daripada University College, Oxford dalam bidang fizik dan melakukan research di University of Cambridge dalam bidang Cosmology.



Ketika beliau berumur 21 tahun, beliau disahkan menghidap penyakit motor neuron disease yang menyebabkan kegagalan pergerakan otot sehingga beliau terpaksa menggunakan kerusi roda kerana kesukaran untuk bergerak dan bercakap.

Sebelum itu, beliau telah berkahwin dengan Jane Wilde dan dikurniakan 3 orang anak, namun mereka telah bercerai. Stephen Hawking merupakan seorang saintis moden yang genius, penuh dengan teori astronomi dan fizik yang luar biasa dan juga penuh kontroversi. Beliau juga seorang saintis yang atheis dan tidak percaya kepada kewujudan Tuhan. Berikut merupakan beberapa teori beliau yang popular dan penuh kontroversi:

[Nota: Segala maklumat yang tersenarai di sini hanyalah pandangan teori beliau sahaja, selebihnya perlu dibuat kajian sendiri oleh pembaca, namun harus diingat supaya tidak diketepikan akidah ketika mengkaji]

1. Beliau mengusulkan teori bahawa black hole merupakan sebuah pintu ke alam semesta yang lain. Bermakna jika anda masuk ke dalam black hole, masih ada peluang untuk anda hidup kerana anda akan keluar ke alam semesta atau dimensi lain. Tetapi bukan alam semesta yang sama tempat anda masuk ke black hole dahulu.


2. Pada 1974, Beliau mengusulkan teori bahawa black hole menghasilkan subatomik partikel sehingga ianya kehabisan tenaga dan mengewap. Bermakna black hole bukan sekadar menarik objek ke dalamnya, malah mengeluarkan sesuatu partikel dalam bentuk subatomik partikel. Ini dikenali sebagai Hawking radiation. Daripada sini timbulnya teori white hole.

3. Jika sebuah bintang mati dan membentuk singularity, perkara yang sama boleh terjadi kepada permulaan angkasa lepas atau bigbang. Bigbang bermula dengan singularity, pada titik singularity, ketumpatan berada pada infiniti dan ruang-waktu juga infiniti. Bermakna apabila bermulanya letusan bigbang, bermulalah permulaan detik 'masa'. Sebelum permulaan alam semesta, ruang di sekeliling tiada penghujung dan masa juga tidak berdetik atau infiniti. Perkara sama boleh berlaku dalam singularity bigbang dan apabila alam semesta ini berakhir. Kenyataan ini dinukilkan dalam bukunya 'a brief history of time'.

skyandtelescope.com

4. Hawking pernah berkata, Jika Alien mengunjungi bumi suatu hari nanti, ianya boleh diumpamakan seperti Columbus dari Britain datang ke Amerika dan menjadi ancaman buat orang asli di Amerika ketika itu. Alien akan menjajah setiap planet yang dirasakannya mempunyai potensi kehidupan termasuk bumi. Beliau juga berkata, sebarang percubaan untuk menghubungi tamadun bijak dari langit ini haruslah dihentikan.


5. Cahaya menghasilkan begitu banyak photon. Menariknya, seperti kebanyakan partikel, photon bersifat partikel dan gelombang. Bermakna cahaya juga mempunyai partikel dan gelombang tersendiri. Oleh sebab itu cahaya juga bertindakbalas dengan graviti.

6. Menurut bukunya yang bertajuk "Blackhole and baby universe", Jika kita mempunyai satu equation matematik "theory of everything" yang boleh menjelaskan kesemua kejadian di alam semesta ini, kita boleh membaca minda dan cara Tuhan berfikir. Beliau juga percaya Tuhan itu tidak wujud dan segala yang ada di alam semesta ini dikawal oleh hukum sains,matematik dan fizik.

7. Manusia mempunyai 200 tahun untuk memikirkan cara untuk meninggalkan planet bumi ini jika mahu terus melangsungkan kehidupan. Menurutnya, susah untuk kita melangsungkan kehidupan di bumi ini untuk tempoh seratus atau seribu tahun akan datang kerana bumi akan musnah juga. Satu-satu cara adalah mencari tempat tinggal lain selain bumi.

8. Pengembaraan masa atau 'time travel' adalah tidak mustahil, saintis perlu memanfaatkan sepenuhnya teori Albert Einstein mengenai general relativity dan mencari cara untuk memanipulasi ruang dan waktu (space-time). Jika ianya terjadi, angkasawan boleh bertolak menaiki roket dan mengembara ruang angkasa dan balik ke bumi sebelum dia bertolak, katanya.

[Nota: Segala maklumat yang tersenarai di sini hanyalah pandangan teori beliau sahaja, selebihnya perlu dibuat kajian sendiri oleh pembaca, namun harus diingat supaya tidak diketepikan akidah ketika mengkaji]

Sumber:

http://www.techtimes.com/articles/153308/20160425/black-holes-may-be-possible-portals-to-another-universe-stephen-hawking.htm
http://www.livescience.com/18035-stephen-hawking-book-physics.html
http://www.livescience.com/52439-stephen-hawking-hostile-aliens.html
http://www.bbc.com/earth/story/20160107-these-are-the-discoveries-that-made-stephen-hawking-famous
http://www.space.com/15923-stephen-hawking.html
http://www.space.com/8924-stephen-hawking-humanity-won-survive-leaving-earth.html
http://www.space.com/9108-stephen-hawking-speaks-space-exploration-time-travel.html
http://www.livescience.com/33997-7-huge-misconceptions-aliens.html

No comments:

Post a Comment