Sunday, September 4, 2016

Lawatan Lokasi ke Kuala Nerang dan Tasik Pedu, Kedah.


Pada 30 Ogos sehingga 1 September 2016 yang lalu, penulis bersama dua lagi rakan Hoshizora Astronomy Club (HAC) telah melakukan lawatan lokasi ke Kuala Nerang, Kedah dan Tasik Pedu Kedah. Tujuan lawatan ini ialah untuk mengenalpasti potensi kawasan untuk dijadikan tempat cerapan langit kelab HAC di masa akan datang. Terdapat dua lokasi pilihan iaitu Agrofarm Kampung Semeliang dan Tasik Pedu. Lokasi di Tasik Pedu adalah yang terbaik dari segi bebas pencemaran cahaya.