Teleskop merupakan satu peralatan penting untuk aktiviti mencerap bintang. Teleskop berfungsi sebagai alat mengumpul cahaya dari sesuatu objek dan alat membesarkan sesuatu imej objek yang kita akan lihat.
Pemilihan teleskop bergantung pada beberapa faktor seperti:
1. Tahap pengalaman
Kebiasaannya mereka yang baru menceburi aktiviti cerapan langit bermula dengan teleskop kecil atau sebuah binokular.
2. Bajet
Berapa banyak bajet yang kita ada untuk membeli sebuah teleskop.
3. Objek tumpuan.
Jika kite ingin melihat bulan, matahari dan planet, kita lazimnya memerlukan teleskop yang mempunyai focal length yang tinggi untuk mendapatkan butiran yang jelas. Jika kite ingin melihat objek deep sky seperti galaksi dan nebula, kita memerlukan teleskop yang mempunyai aparture yang besar dan focal ratio yang laju. Contoh focal ratio yang laju ialah f/4 dan f/5.
4. Visual atau fotografi
Kita perlu memilih sama ada teleskop yang akan digunakan itu untuk cerapan visual atau cerapan astrofotografi. Kebiasaannya teleskop untuk astrofotografi memerlukan banyak kriteria penting yang perlu diperhatikan.
5. Mudah alih
Jika kita memilih untuk membawa teleskop kita ke mana-mana tempat, kita perlu memilih teleskop yang mudah alih dan senang untuk kita membawa. Jika kita memilih untuk mencerap dari rumah atau mempunyai balai cerap sendiri, pemilihan teleskop bersaiz besar tidak menjadi masalah.
Semua teleskop mempunyai kebolehan untuk mengambil gambar. Ianya bergantung pada kualiti optik teleskop, mount, kemahiran kita dan usaha.
Kriteria Teleskop
Teleskop berfungsi untuk mengumpul cahaya dari sesuatu objek dan memfokuskannya pada eyepiece teleskop. Objek-objek yang kelam yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar akan dapat dilihat melalui teleskop kerana kebolehannya mengumpul cahaya yang banyak. Berikut merupakan kriteria utama pemilihan teleskop:
1. Aperture
Aperture ialah saiz bukaan bahagian hadapan teleskop atau saiz kanta di hadapan sesebuah teleskop. Ianya penting kerana aperture lah yang mengumpul cahaya. Makin besar saiz aperture, makin jelas sesebuah objek angkasa. Kebiasaannya teleskop kecil mempunyai aperture dari 3 inci hingga 4 inci dan sesuai untuk beginner untuk mencerap bulan dan planet. Teleskop bersaiz besar seperti 8 inci ke atas mempunyai kebolehan untuk mengumpul cahaya yang lebih banyak dan sesuai untuk objek kelam seperti galaksi dan nebula.
2. Focal Length
Focal length ialah jarak antara kanta objektif ke titik di mana cahaya difokuskan. Ianya berfungsi untuk membesarkan imej sesuatu objek dan sangat sesuai untuk mencerap objek-objek kecil seperti planet. Jika kita mencerap planet Musytari menggunakan 900mm focal length, kita akan melihat planet tersebut pada skala kecil, namun jika kita menggunakan teleskop 3000mm focal length, imej planet tersebut akan menjadi besar. Namun harus diingat, makin besar focal length, makin gelap sesuatu objek. Oleh sebab itu ianya penting untuk memilih aperture yang besar.
3. Focal ratio
Focal ratio adalah kriteria penting jika kita ingin memilih teleskop untuk tujuan astrofotografi. Focal ratio ialah hubungan antara aperture dengan focal length. Kita akan mendapat nilai focal ratio dengan membahagikan focal length dengan aperture. Sebagai contoh, teleskop yang mempunyai focal length 900mm dan aperture 90mm apabila dibahagikan 900/90, kita akan dapat nilai f/10. Dengan focal ratio, sesebuah teleskop boleh dikategorikan sebagai fast telescope atau slow telescope. Fast telescope biasanya bermula dengan f/5 ke bawah, intermediate f/6-f/10 dan slow telescope f/10 ke atas. Fast telescope sangat sesuai untuk cerapan deek sky kerana waktu dedahan kamera akan menjadi singkat.
Sistem optik teleskop
Refractor
Teleskop refractor atau pembiasan menggunakan kanta objektif di hadapan teleskop untuk membiaskan cahaya masuk ke dalam tiub teleskop dan fokus pada hujung belakang tiub. Teleskop jenis ini sangat bagus untuk astrofotografi kerana contrast yang tinggi dan sangat bagus untuk pencerapan planet dan deep sky. Namun teleskop jenis ini memerlukan bajet yang lebih kerana kos pembuatannya yang tinggi terutama kanta objektif.
Reflector
Teleskop reflector atau pantulan menggunakan cermin parabolic pada hujung belakang tiub sebagai komponen utama. Cahaya akan memasuki tiub teleskop dan dipantulkan oleh cermin parabolic ini. Cahaya yang dipantulkan oleh cermin parabolic akan dipantulkan lagi oleh cermin kedua yang terus menghala ke eyepiece teleskop. Terdapat tiga jenis teleskop reflector ini:
a. Newtonian
Teleskop Newtonian adalah teleskop yang sangat murah dan kos pembuatan yang rendah. Namun teleskop ini perlu dijaga dengan rapi terutama bab collimating. Lebih-lebih lagi teleskop ini jenis terbuka dan mudah terdedah dengan udara luar. Biasanya imej yang dihasilkan adalah terbalik kerana sifat cermin yang menghasilkan imej terbalik.
b. Ritchey-Chretien
Teleskop ini juga menggunakan konsep yang sama, tetapi memiliki dua cermin hyperboloid. Teleskop ini jauh lebih bagus daripada Newtonian dan kurang adjustment berbanding Newtonian. Malah optik teleskop ini jauh lebih bagus untuk visual dan fotografi. Konsep teleskop ini digunakan oleh Hubble Telescope.
c. Classical Cassegrain
Teleskop jenis ini sama seperti Newtonian, tetapi menggunakan cermin Convex hyperbolic pada cermin kedua. Masalah utama pada teleskop ini ialah astigmatism dan coma walaupun kadarnya kecil sahaja. Teleskop jenis ini kebiasaannya slow focal ratio dan mempunyai masalah dari segi pandangan yang melengkung pada imej. Tetapi tidak mempunyai masalah besar jika anda mahu melakukan cerapan visual dan masih pilihan yang bagus.
Catadioptrics
Teleskop jenis ini menggunakan aplikasi pembiasan dan pantulan. Teleskop ini mengandungi cermin utama untuk memantulkan cahaya yang masuk ke teleskop ke arah cermin kedua yang akan membesarkan cahaya ke titik fokus utama teleskop. Terdapat 2 jenis teleskop Catadioptrics.
a. Schmidt Cassegrain
Lebih dikenali sebagai singkatan SCT. Teleskop ini biasanya slow telescope sekitar f/10. Untuk penggunaan cerapan visual memang tiada masalah, namun untuk astrofotografi akan menjadi masalah. Teleskop ini mudah alih dan sesuai untuk cerapan objek yang kecil.
b. Maksutov
Teleskop ini sama seperti SCT, tetapi menggunakan corrector lens yang lebih tebal dan lebih melengkung. Tetap bagus untuk cerapan visual tetapi kurang dari segi astrofotografi yang melibatkan deep sky dan seumpamanya. Focal ratio juga terlalu perlahan untuk melakukan dedahan yang lama.
Sumber: http://www.astropix.com/HTML/I_ASTROP/SCOPES.HTM
No comments:
Post a Comment