Sunday, June 5, 2016

Angkasa lepas semakin berkembang pantas!


NASA/ESA/A. Feild (STScI)/A. Riess (STScI/JHU)

Para ahli astronomi hari ini dengan bantuan teleskop Hubble menjumpai ruang angkasa lepas hari ini berkembang lebih pantas daripada yang dijangka. Peratusan pengembangan ini meningkat kepada 5 hingga 9 peratus daripada yang dijangka.


Menurut Adam Riess dan John Hopkins dari Institut Sains Teleskop Angkasa, Baltimore Maryland, penemuan yang mengejutkan ini menjadi klu penting untuk memahami komponen-komponen penting yang membina 95% daripada ruang angkasa seperti dark energy, dark matter dan dark radiation.

Mereka membuat penemuan ini dengan menghalusi kadar pengembangan yang sedang berlaku hari ini dan menambahbaik teknik mengukur jarak ke galaksi-galaksi di luar sana. Mereka menemukan galaksi yang mengandungi bintang Cepheid dan Supernova jenis la. Aktiviti di bintang Cepheid bersesuaian dengan kadar kecerahan bintang tersebut dan jika dilihat dari bumi, jaraknya dapat diukur dengan tepat. Supernovae jenis la merupakan bintang yang meletup dengan tahap kecerahan yang serupa dan dapat dilihat dari jarak yang jauh.

Dengan mengukur 2400 bintang Cepheid dalam 19 buah galaksi dan membandingkan tahap kecerahan, mereka dapat mengukur kecerahan dengan tepat dan jarak yang tepat ke 300 supernovae jenis la. Mereka juga membandingkan jarak yang diperolehi dengan kadar pengembangan ruang angkasa melalui ukuran cahaya. Dua nilai ini penting untuk mengukur berapa pantas angkasa mengembang mengikut masa (Hubble Constant).

Nilai Hubble Constant ialah 73.2 Km/saat/megaparsec (1 megaparsec = 3.2 juta tahun cahaya). Melalui nilai ini, dalam masa 9.8 billion tahun lagi, jarak setiap objek kosmik akan meningkat dua kali ganda.

Walaubagaimanapun, Nilai daripada Hubble Constant ini tidak padan dengan kadar pengembangan angkasa lepas sejurus selepas big bang. Menurut Ries lagi, jika kita mengetahui jumlah yang tepat dark energy, dan dark matter pada waktu itu, mungkin kita boleh meramalkan dengan tepat kelajuan pengembangan angkasa pada hari ini.

Kajian serupa dilakukan oleh Wilkinson Microwave Anisotropy (WMAP) dan ESA Planck namun kedua-duanya mempunyai data yang berbeza dengan Hubble constant. Menurut Ries, mereka sedang meneliti mengapa kedua-dua data misi kajian ini tidak menepati antara satu sama lain.

Ada dua kemungkinan mengapa angkasa makin berkembang pantas, yang pertama ialah dark energy yang mempercepatkan pergerakan objek-objek kosmik seperti galaksi menjauhi antara satu sama lain dan yang kedua ialah angkasa kita mengandungi partikel subatomik baru pada awal permulaan dahulu dan bergerak dengan kelajuan hampir dengan kelajuan cahaya. Partikel ini lebih dikenali sebagai dark radiation. 

 Dark matter merupakan nadi penting kepada terbinanya angkasa lepas hari ini dan mempunyai sifat yang ganjil, misteri dan tidak dijangka. Pengembangan yang pantas ini juga memberitahu ahli-ahli astronomi bahawa teori Einstein mengenai graviti masih banyak lagi yang perlu dikaji.

Cerapan Hubble dilakukan dengan Wide Field Camera 3 (WFC3) dan dikawal oleh Supernova H0 for the Equation of State (SH0ES) yang bekerja untuk memperhalusi ketepatan Hubble Constant untuk memahami sifat alam semesta ini.

Teleskop-teleskop terkini seperti satelit ESA Gaia dan teleskop yang akan datang seperti James Webb Space Telescope (JWST), balaicerap inframerah dan Wide Field Infrared Space Telescope (WFIRST) juga membantu ahli-ahli astronomi untuk mengukur kadar pengembangan angkasa dengan lebih tepat.

Sumber: Astronomy.com

No comments:

Post a Comment