Wednesday, June 8, 2016

Apa itu 'blueshift' dalam dunia astronomi

moodleshare.org

'Blueshift' merupakan istilah yang para ahli astronomi guna untuk menerangkan kedudukan objek yang menghampiri sesuatu objek yang lain. Sebagai contoh, sebuah galaksi dikatakan 'blueshift' terhadap galaksi bima sakti kita bererti galaksi tersebut menghampiri kita. Istilah ini juga boleh menerangkan kelajuan galaksi tersebut menghampiri bima sakti kita.

10 Fakta menarik planet Zuhrah

Credit: Magellan Spacecraft, Arecibo Radio Telescope, NASA
Planet Zuhrah atau Venus merupakan planet kedua daripada matahari. Diberi jolokan bintang kejora oleh masyarakat kita, planet ini juga digelar kembar kepada bumi kerana beberapa ciri persamaan antara dua planet ini. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa ciri mengenai planet ini yang sangat ekstrem kepada kehidupan. Berikut merupakan 10 fakta menarik mengenai planet Zuhrah;

8 Fakta menarik Gunung Olympus Mons; gunung tertinggi dalam sistem suria

Credit: NASA/MOLA Science Team/ O. de Goursac, Adrian Lark (Artist)

Gunung Olympus Mons yang terletak di planet Marikh merupakan gunung yang tertinggi dan terbesar di Sistem suria. Malah ianya juga sebuah gunung berapi. Gunung berapi ini boleh dikategorikan sebagai gunung muda dan menunggu masa untuk meletus. Namun di sebalik gunung gergasi ini, terdapat beberapa fakta menarik dan pembentukan geologi yang unik berbanding planet bumi. Berikut merupakan fakta menarik mengenai gunung ini: