moodleshare.org |
'Blueshift' merupakan istilah yang para ahli astronomi guna untuk menerangkan kedudukan objek yang menghampiri sesuatu objek yang lain. Sebagai contoh, sebuah galaksi dikatakan 'blueshift' terhadap galaksi bima sakti kita bererti galaksi tersebut menghampiri kita. Istilah ini juga boleh menerangkan kelajuan galaksi tersebut menghampiri bima sakti kita.
Bagaimana untuk menentukan 'blueshift' ?
Blueshift merupakan hasil daripada efek doppler. Sebagai contoh, sebuah galaksi yang sedang menghampiri galaksi bima sakti kita menghasilkan cahaya. Cahaya datang dalam paket x-rays, UV, infrared, radio dan cahaya tampak. Setiap photon yang terhasil kemudian dilihat makin mendekati photon terdahulu. Hasilnya panjang gelombang makin pendek dan frekuensi makin tinggi seperti yang dicerap dari bumi.
Blueshift bukanlah sesuatu yang boleh dilihat dengan mata kasar. Kita memerlukan alat yang boleh mencerap gelombang seperti spectrometer atau spectrograph. Hasil data yang akan diperoleh adalah dalam bentuk spektrum. Jika sesebuah objek mendekati kita, graf alat ini menunjukkan anjakan ke arah warna biru spektrum elektromagnetik.
quora.com |
Adakah angkasa lepas sedang mengalami 'blueshifted'
Adakah ruang angkasa kita ini sedang mengembang, mengecut atau statik? Untuk menjawab soalan ini, anjakan spektrum dari galaksi lain perlu diukur. Sampai ke hari ini, para ahli astronomi sentiasa mengukur fenomena ini. Jika sifat setiap galaksi yang dicerap mengalami 'blueshifted', bermakna alam semesta ini sedang mengecut dan akan menjadi mimpi ngeri buat kita semua.
Tetapi hakikatnya alam semesta ini sedang mengalami 'redshifted' iaitu saling menjauhi antara satu sama lain. Tambahan pula, kadar pengembangan ruang angkasa ini makin pantas sejak big bang lagi dan dipengaruhi oleh sebuah daya misteri yang dikenali sebagai 'dark energy'. Setakat ini, sifat 'dark energy' ini masih kekal menjadi misteri dan ianya memenuhi setiap ruang angkasa lepas ini.
Sumber; http://space.about.com/od/astronomydictionary/g/What-Is-Blueshift.htm
No comments:
Post a Comment