Thursday, June 9, 2016

Benarkah Teori Albert Einstein salah ??

pbs.org

Seluruh dunia fizik dan astronomi gempar apabila mendapat berita dari Geneva, Switzerland yang mengatakan teori Einstein mungkin salah. Ini sudah pasti mengejutkan dunia sains fizik kerana teori Albert Einstein terutamanya berkaitan dengan relativity merupakan asas kepada fizik pada hari ini.



Menurut ahli fizik, Michio Kaku, eksperimen yang dijalankan di Geneva ini merupakan eksperimen mengenai sifat partikel fizik, quantum dan segala teori fizik yang belum dirungkai. Dengan menggunakan alat seperti 'atom smasher', mereka memancarkan neutrinos dari Switzerland ke Italy yang berjarak 454 batu. Namun neutrinos tersebut mengatasi pancaran cahaya tadi sebanyak 60 kaki.

Ini menjadi sebuah mimpi ngeri bagi dunia fizik apabila sebuah partikel mampu untuk bergerak lebih laju daripada kelajuan cahaya. Jika ini berlaku, pengembaraan masa atau time travel akan menjadi perkara biasa. Bukan itu sahaja, segala-galanya perlu dikalibrasi kembali seperti usia alam semesta, usia bintang, jarak ke bintang, penggunaan alat GPS dan senjata nuklear yang banyak menggunakan teori relativiti.

Namun, menurut ahli fizik Michio Kaku, eksperimen ini melakukan kesilapan dari segi systematic error. Umum mengetahui GPS menggunakan teori relativiti dalam menentukan kedudukan objek di atas permukaan bumi dan menentukan jarak sesuatu di atas permukaan bumi. Kesilapan di sini ialah mereka salah kalibrasi alat dari segi mengukur jarak dari sensor di bumi ke satelit dan kesilapan pelarasan dengan sistem GPS yang sedia ada menggunakan relativiti.


No comments:

Post a Comment