NASA |
'Mars One' merupakan sebuah organisasi yang sedang merancang untuk menghantar peneroka ke planet Marikh bermula tahun 2026. Hanya 24 peserta yang akan dipilih untuk misi sehala ke planet ini namun itu tidak menghentikan pendaftaran 200 000 peserta dari 140 buah negara untuk menyertai misi ini.
Setakat ini, terdapat 100 peserta yang telah melepasi proses pemilihan. Jumlah tersebut akan berkurang kepada 40 orang selepas menjalani sesi ujian selama 5 hari dan hanya 24 yang terpilih. Ujian yang dijalankan sama seperti ujian yang dikenakan ke atas angkasawan NASA dan akan dijalankan tidak lama lagi.
Sekurang-kurangnya, sesetengah peserta mempunyai latar belakang yang bagus. Salah satunya, Zachary Gallegos, merupakan ahli geologi dan ahli kimia yang bekerja dengan 'Mars Science Laboratory'.
Dalam satu kenyataan daripada Mars One menyebut, "Selama 5 hari, kesemua peserta akan menghadapi ujian yang serius. Kesemua peserta akan bertemu antara satu sama lain buat kali pertama dan akan mempersembahkan nilai kerjasama sesama mereka".
Sumber: http://www.universetoday.com/129360/40-might-die-mars/
No comments:
Post a Comment