Wednesday, June 8, 2016

8 Fakta menarik Gunung Olympus Mons; gunung tertinggi dalam sistem suria

Credit: NASA/MOLA Science Team/ O. de Goursac, Adrian Lark (Artist)

Gunung Olympus Mons yang terletak di planet Marikh merupakan gunung yang tertinggi dan terbesar di Sistem suria. Malah ianya juga sebuah gunung berapi. Gunung berapi ini boleh dikategorikan sebagai gunung muda dan menunggu masa untuk meletus. Namun di sebalik gunung gergasi ini, terdapat beberapa fakta menarik dan pembentukan geologi yang unik berbanding planet bumi. Berikut merupakan fakta menarik mengenai gunung ini:



1. Berketinggian mencecah 25 km iaitu 3 kali ganda tinggi gunung everest (8 km).

2. Lebarnya mencecah 624 km iaitu hampir menyamai negeri Arizona di United States of America.

3. Gunung Olympus Mons masih dikategorikan gunung berapi muda walaupun pembentukannya telah mencecah berbilion tahun. Namun dalam konsep usia alam semesta, gunung ini masih muda dan menunggu masa untuk meletus.

4. Gunung yang tertinggi di sistem suria ini juga adalah rumah kepada beratus glasier panas yang membentuk di sekitarnya.

5. Graviti yang rendah ditambah dengan kadar letusan gunung berapi menjadi faktor kepada letusan yang tinggi di planet ini.

6. Pergerakan Plat tektonik planet marikh sangat terhad menyebabkan magma sentiasa berada pada tempat yang sama. Oleh itu, letusan sentiasa berlaku pada tempat yang sama.

7. Gunung ini mempunyai tahap kecerunan yang rendah dan dikelilingi tebing-tebing berketinggian 10 km.

8. Lebar lohong gunung berapi Olympus Mons mencecah 85 km.

Sumber:
http://marsquestonline.org/tour/volcanoes/fastfacts/index.html
http://www.space.com/20133-olympus-mons-giant-mountain-of-mars.html

No comments:

Post a Comment