Saturday, June 11, 2016

Imej terkini Black Hole berjaya dirakam

 
ALMA

Black hole, satu kejadian yang menakjubkan dan menakutkan. Bukan sahaja terperangkap di dalamnya menjadi mimpi ngeri buat kita, malah black hole sendiri juga terperangkap di antara fakta dan teori fiksyen. Gambar terkini yang dirakam oleh balai cerap Atacama Large Millimiter/Submillimiter Array (ALMA) membuktikan yang sains hari ini silap dalam membuat teori bagaimana black hole boleh menjadi begitu besar.



Sekumpulan pengkaji antarabangsa dibantu oleh ALMA merakamkan imej black hole yang bersaiz 300 juta kali ganda daripada saiz matahari. Imej yang jarang-jarang diambil ini menunjukkan bagaimana sebuah black hole raksasa ini menelan tiga buah kelompok gas sejuk gergasi yang setiap satunya mengandungi berjuta-juta bintang seperti matahari dan mereka bergerak pada kelajuan 800 000 batu sejam.

Sebelum ini, black hole hanya dikenali sebagai pemakan gas panas yang stabil di sekelilingnya. Namun, saintis mula membuat teori yang black hole juga mampu untuk membesar dengan lebih besar daripada saiz asalnya dan mampu untuk menelan gas sejuk di sekelilingnya. Dan menerusi imej ini, terbukti bahawa teori ini benar. Namun adakah fenomena ini lumrah bagi setiap black hole masih menjadi persoalan.

 Setakat ini, hanya tiga kelompok gas ini sahaja yang kelihatan dalam imej ini ditelan oleh black hole. Kemungkinan masih terdapat beribu lagi kelompok gas di sekeliling black hole ini yang menanti masa untuk ditarik.

Sumber: http://www.physics-astronomy.com/2016/06/astronomers-capture-first-ever-image-of.html#.V1vhoHp9rIU

No comments:

Post a Comment