Tuesday, August 23, 2016

IBNU HAITHAM MENGUBAH CARA KITA MELIHAT DUNIA



wikipedia


Ibnu Haitham. Tidak ramai antara kita yang mengenali nama tersebut. Mungkin pernah mendengarnya di kaca televisyen, buku, majalah dan sebagainya, tetapi tahukah kita sumbangan terbesar saintis islam ini dalam dunia sains moden hari ini?

Nama sebenarnya ialah Abu Ali Muhammad bin al-Hasan bin al-Haitham al-Basri Al-Misri. Di dunia barat, beliau dikenali sebagai Alhazen. Dilahirkan pada 965H di Basrah, Iraq. Beliau seorang yang tidak mudah jemu mempelajari pelbagai bidang ilmu termasuklah sains, astronomi, matematik, fizik dan sebagainya. Namun bidang utama yang menjadi pencetus kepada era kegemilangannya ialah bidang optik.

Hari ini, bidang optik menjadi suatu keperluan yang nyata dalam hidup kita. Bidang optik telah melahirkan kepelbagaian jenis
inovasi pada hari ini termasuklah kamera, kanta, cermin, cermin mata dan sebagainya. Konsep cahaya dan optik yang diperkenalkan oleh Ibnu Haitham ini telah mengubah cara masyarakat dunia terdahulu melihat dunia.

Berikut merupakan antara penemuan Ibnu Haitham:

pixabay
Hukum pembiasan
Hukum pembiasan ditemukan oleh beliau ketika melakukan kajian di Sepanyol. Ini merupakan penemuan penting dalam fizik yang menyatakan cahaya masuk dan cahaya pembiasan mempunyai sudut yang sama. Menurut beliau lagi, cahaya merah di ufuk langit ketika senja dan fajar merupakan hasil pembiasan.

Teori penglihatan
Beliau telah menolak teori Ptolemy dan Euclid yang mengatakan mata manusia memancarkan cahaya untuk melihat objek. Ibnu Haitham berhujah bahawa objek yang dilihat di sekeliling kita merupakan pantulan cahaya terus ke mata kita.

Cermin/kanta cekung dan cembung
Ini merupakan inovasi terpenting dalam dunia fizik optik. Inilah ciptaan kepada cermin mata dan kamera kita pada hari ini. Beliau telah mengkaji cermin sfera dan cermin parabolik dan menemukan aberasi sfera di mana cahaya tertumpu pada satu titik selepas melepasi lensa atau cermin parabola.

wikipedia


Jelaslah bahawa kajian Ibnu Haitham telah menjadi batu asas kepada fizik moden hari ini terutamanya bidang optik. Beliau membuktikan bahawa dengan ilmu dan ketakwaan, umat islam boleh berdiri teguh dengan sendirinya tanpa kebergantungan dengan orang lain. Kebergantungan dengan Allah itulah yang kekal abadi.
Namun sejauh manakah kita memberi sumbangan terhadap pembangunan agama kita pada hari ini? Masih leka dan dibuai mimpi lena hiburan barat?

No comments:

Post a Comment