Monday, September 5, 2016

7 FAKTA KEAJAIBAN BANGUNAN VAB NASA


Wikipedia
Vehicle Assembly Building (VAB) merupakan sebuah bangunan milik NASA yang terletak di Kennedy Space Centre (KSC). KSC merupakan sebuah kompleks aeroangkasa NASA yang terletak di atas tanah berkeluasan 144 ribu ekar.


Di bangunan VAB ini terletaknya pesawat-pesawat dan roket untuk tujuan penyelenggaraan. Untuk menampung saiz roket dan pesawat yang besar, sebuah bangunan yang besar harus dibangunkan dan VAB berjaya disiapkan pada 1966.
Wikipedia
Ketika awal pembinaannya, bangunan ini menjadi tempat penyelenggaraan roket Saturn V dan Apollo. Kini ianya digunakan untuk menyelenggara pelbagai jenis roket dan pesawat termasuklah pesawat shuttle. Berikut merupakan 7 senarai fakta keajaiban bangunan VAB ini.

1. Merupakan bangunan yang mempunyai isipadu antara yang terbesar di dunia iaitu 3.665 juta meter kiub.

2. Memiliki ketinggian 160.3 meter, panjang 218.2 meter, lebar 157.9 meter dan merupakan bangunan tertinggi di Florida sehingga 1974.

3. Bendera USA yang diletakkan di dinding bangunan tersebut adalah yang terbesar di dunia ketika diletakkan pada 1976.

4. Terdapat empat buah pintu untuk memasuki bangunan tersebut dan merupakan empat pintu bangunan terbesar di dunia yang berketinggian 139 meter dan mengambil masa 45 minit untuk dibuka atau ditutup.

5. Asas pembinaannya terdiri daripada konkrit, keluli dan batu kapur untuk menangkis angin hurikan dan ribut tropika yang sentiasa bertiup di negeri Florida.

6. Bangunan ini mempunyai sistem cuacanya yang tersendiri supaya pengudaraan di dalam bangunan sentiasa terjaga dan dikawal setiap masa bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan.

7. Merupakan bangunan satu tingkat yang terbesar di dunia.

Wikipedia
Sumber
https://en.wikipedia.org/wiki/Vehicle_Assembly_Building
http://www.atlasobscura.com/places/vehicle-assembly-building
   

No comments:

Post a Comment