Thursday, August 24, 2017

Travelog Astrofotografi di Rottnest Island, Australia


Pada bulan Mei 2017, saya telah menjejakkan kaki ke benua Australia dan lebih tepat lagi di Perth, Western Australia. Ini adalah pengalaman pertama buat saya travel di negara orang yang
mempunyai budaya, agama dan suasana yang berbeza.


Oleh sebab saya juga berminat dalam bidang astrophotography, saya tidak melepaskan peluang utk cuba mendapatkan beberapa keping gambar milky way, startrail kutub selatan dan magellanic galaxy.

Pencemaran cahaya di kota Perth tidak mengizinkan saya untuk mencapai target astrophotography, jadi saya membuat keputusan ke pulau yang berada di barat kota Perth iaitu Rottnest Island.



Rottnest Island merupakan pulau yang cukup terkenal dengan alam semulajadi, peninggalan sejarah
serta habitat binatang yang satu-satunya hanya ada di sana iaitu Qoukka. Binatang yang cukup terkenal dengan senyumannya.

Perjalanan ke Rottnest Island dari Fremantle mengambil masa hampir 45 minit dengan menaiki feri yang disediakan, kita juga boleh menyewa basikal untuk bersiar-siar di kawasan pulau. Sebelum menjelang terbitnya bintang bima sakti, saya survey terlebih dahulu kawasan yang sesuai untuk membuat astrophotography.

Saya buat keputusan untuk mengambil gambar di kawasan yang rendah pencemaran cahaya. Saya mahu capai target tersebut di Longreach bay yang jaraknya 1 km dari tempat penginapan.

Bila tibanya waktu untuk mengambil gambar, pada jam 8 malam saya bertolak ke longreach bay dengan menaiki basikal sambil ditemani abang saya berlampukan torchlight handphone sahaja. Pada waktu itu, banyak quokka berkeliaran mencari makanan, jadi kami perlu berhati-hati semasa perjalanan ke sana.

Cabaran semasa astrophotography adalah cuaca yang sejuk hampir mencecah 11 darjah celcius dan
cuaca mendung. Awan yang berada di langit sedikit mengganggu astrophotoraphy tapi berjaya juga  tangkap gmbr megallanic galaxy.

Disebabkan kami tidak tahan sejuk dan risau binatang liar akan keluar seperti ular, maka kami ambil keputusan untuk balik ke cabin (tempat penginapan) dan saya sambung semula shot di hadapan cabin sahaja.

Mujurlah suasana dan lampu-lampu di sekeliling tidak mengganggu shot saya. Jadi saya teruskan astrophoto sampai pukul 4 pagi bertemankan quokka. Bagi startrail, agak sukar buat saya bila
saya konfius tentang arah, jadi saya assume sahaja arah selatan berdasarkan kiblat.







Saya cuma dapat tngkap 60 frame sahaja dan pusatnya tidak cukup tinggi disebabkan beberapa halangan seperti pokok, bangunan dan kawasan rendah.

Ya, ia mungkin kerja gila bagi budak perempuan macam saya yang bersendirian di pulau tandus,
sunyi pada waktu tengah pagi, cuaca yang sejuk, sanggup tak tidur semata mata untuk shot 3 target itu sahaja.

Tp saya fikir peluang ini susah dapat, jadi saya gunakan peluang sebaik mungkin sebelum balik ke
Malaysia. Dan Alhamdulillah saya berjaya capai target tersebut dengan jayanya. Balik Malaysia terus
demam.

Karangan: Syahida Salim

No comments:

Post a Comment