Tuesday, June 7, 2016

Saintis barat membuktikan kewujudan Tuhan

interviewly.com

Saintis fizik kacukan Amerika-Jepun, Michio Kaku mengusulkan teori tentang kewujudan Tuhan. Sesetengah saintis terulung dunia hari ini merupakan seorang atheis. Namun apa yang ditemui oleh Michio Kaku pastinya menggemparkan mereka.



Michio Kaku merupakan seorang saintis yang dihormati di seluruh dunia dan terkenal dengan 'string theory'. Menurutnya, saintis fizik menggunakan apa yang dipanggilnya sebagai "primitive semi – radius tachyons".

Tachyons merupakan teori partikel yang mempunyai kebolehan untuk melepaskan diri daripada jirim angkasa dan ruang vakum antara setiap partikel, dan bergerak bebas daripada dipengaruhi oleh persekitaran ruang angkasa.

Selepas melakukan beberapa siri ujikaji, beliau mengusulkan bahawa kita semua tinggal di dalam matriks. Menurut beliau, "kita tinggal di alam yang dikawal oleh hukum yang dicipta oleh sesuatu yang sangat bijaksana. Apa yang kita percaya bahawa semua kejadian alam yang terjadi ini secara kebetulan tidak boleh terpakai lagi".

"Kita hidup di alam semesta yang penuh dengan hukum sains yang kita cipta sendiri dan dibentuk oleh suatu kuasa yang bijaksana", Ujarnya.

Sumber: http://ageac.org/en/multimedia/scientist-says-he-found-definitive-proof-that-god-exists-2/



Youtube

No comments:

Post a Comment