Sunday, June 5, 2016
Kapal VLA meninjau atmosfera Musytari
Para saintis hari ini menggunakan 'Very Large Array' (VLA) untuk mendapat gambaran struktur planet Musytari pada kedalaman 100Km. Data ini memberi peluang kepada para saintis mengkaji maklumat yang tidak pernah didapati sebelum ini termasuklah suhu, tekanan dan pergerakan gas pada atmosferanya.
Untuk mendapatkan imej radio yang tepat, sebuah teleskop yang dilengkapi dengan pelbagai radio antena seperti VLA ini perlu mencerap gelombang radio yang dihasilkan untuk satu tempoh yang lama sama seperti fungsi long exposure pada kamera DSLR. Oleh kerana putaran planet ini terlalu cepat (kurang daripada 10 jam), kaedah cerapan lama sukar untuk digunapakai.
Untuk mengatasi masalah ini, para saintis menggunakan kelebihan yang ada pada VLA yang sudah ditambah baik sensitivitinya dan pembetulan data untuk mendapatkan imej yang tepat pada tempoh pendedahan yang lama.
Para saintis juga membandingkan imej yang diambil menggunakan teleskop Hubble dengan imej yang diambil oleh VLA menerusi gelombang radio ini. Hasilnya, banyak struktur yang tampak kelihatan yang tidak boleh dicerap dengan teleskop optik, namun boleh dengan gelombang radio yang dipancarkan.
Pada imej ini, sifat atmosfera yang dipenuhi dengan Ammonia memberi peluang kepada gelombang radio untuk mencerap jauh lebih dalam pada lapisan atmosferanya dimana suhunya lebih tinggi dan tekanannya 8 kali ganda tekanan aras laut bumi.
Imej VLA ini juga membuktikan peningkatan penghasilan gas menjadi faktor kepada penghasilan titik panas yang sebelum ini dicerap melalui teleskop inframerah. Menurut Imke de Pater dari University of California, tidak terkira banyaknya maklumat mengenai struktur atmosfera musytari di dalam imej VLA yang baru ini. Pada masa ini, saintis masih lagi mengkaji misteri disebalik atmosfera musytari ini yang mendominasi sebahagian besar saiz planet gergasi ini.
Sumber: Sky & Telescope magazine
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment