Monday, June 6, 2016

15 Fakta menarik mengenai graviti yang anda perlu tahu



Teori mengenai graviti umumnya diperkenalkan oleh Isaac Newton yang mendapat ilham daripada buah epal yang jatuh. Malah graviti juga bukan sekadar sebiji epal atau objek lain jatuh ke atas permukaan bumi sahaja, ianya lebih daripada itu. Ini 15 fakta menarik mengenai graviti yang anda perlu tahu.



1. Kawasan sekitar lembah Hudson dan Quebec dikenali sebagai "missing gravity" dimana merupakan tempat yang paling rendah gravitinya di bumi.

2. Titan merupakan bulan planet Zuhal (Saturn). Bulan ini mempunyai atmosfera yang sangat tebal dan dan graviti yang sangat rendah sehingga anda mampu terbang jika anda mereka sebuah sayap berskala kecil pada badan anda.

3. Cecair helium mempunyai kelikatan (viscocity) hampir sifar dan mampu terapung dan melawan arus graviti.

4. Menurut Einstein, graviti bukan sifatnya menarik objek ke arahnya, sebaliknya ruang angkasa yang menolak objek tersebut. Graviti terjadi apabila ruang (space) dilengkungkan oleh jisim sesuatu objek.

5. Pada graviti sifar, api lilin boleh menjadi bulat dan berwarna biru.

6. Rakaman filem Apollo 13 yang memaparkan babak graviti sifar sebenarnya adalah rakaman pada suasana graviti sifar yang sebenar. Mereka merakamkan 4 jam babak di dalam 612 penerbangan parabola.

7. Gunung tertinggi pada bintang neutron hanyalah setinggi 5mm kerana graviti yang terlalu besar pada bintang tersebut.

8. NASA tidak boleh membawa binatang spesis burung ke angkasa lepas kerana burung memerlukan graviti untuk menelan makanan.

9. Manusia yang normal perlu untuk membuang air kecil apabila pundi kencingnya sudah dipenuhi 1/3. Namun apabila berada di angkasa lepas, manusia akan rasa keinginan untuk membuang air kecil apabila pundinya hampir penuh.

10. Gravity Probe B merupakan sebuah satelit milik NASA yang mempunyai ciri-ciri sfera paling sempurna ciptaan manusia. Jika satelit ini mengembang menjadi saiz bumi, gunung tertinggi di sini hanyalah setinggi 8 kaki.

11. Apabila kaca cair diletakkan di ruang angkasa, graviti sifar akan meningkatkan kelikatannya sehingga anda mampu membuat kaca daripada bahan kimia selain silika.

12. Disebabkan variasi graviti mengikut lokasi di bumi, sebuah pendulum yang berfungsi pada aras laut 0 akan hilang 16 saat sehari jika diletak di atas gunung yang berketinggian 4000 kaki.

13. Jika kita melihat cahaya bintang, kita sebenarnya bukan sahaja melihat cahaya yang beribu tahun lampau, tetapi kita juga merasai graviti yang beribu tahun lampau dari bintang tersebut.

14. Graviti merupakan elemen yang sangat kuat di alam semesta ini sehingga mampu membengkokkan cahaya dari bintang lain. Malah graviti blackhole yang terkuat di alam semesta ini mampu untuk menelan semua jenis benda termasuklah cahaya. Disebabkan itulah ianya dinamakan black hole. Kerana hitam tanpa cahaya.

15. Terdapat satu titik di langit dimana graviti bumi dan graviti matahari adalah sama sehingga sesuatu objek mampu mengorbitnya.

Sumber: http://www.physics-astronomy.com/2015/04/15-weird-things-you-didnt-know-about.html#.V1UOCnp9rIU

1 comment: